Dalam mewujudkan iklim pembelajaran positif di sekolah, mengikut Modul Hallinger, salah satu elemen dalam Kepimpinan Instruksional ialah Penguatkuasaan Standard Akademik. Mulai tahun 2010 ini, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor melalui Sektor Pengurusan Akademik telah memperkenalkan satu program yang ada hubung kaitnya dengan penguatkuasaan standard akademik itu iaitu melalui Program PLAN-J yang merupakan kesinambungan dari Program HeadCount dan Audit Akademik yang telah dilaksanakan sehingga kini.
Standard Akademik ini merupakan piawai pelaksanaan kurikulum oleh guru yang menjadi satu panduan pengurusan pelaksanaan P & P oleh guru untuk mencapai impak yang maksimum. PLAN-J (Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor merupakan eviden perancangan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Matlamat PLAN-J diantaranya ialah :
-Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran
-Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaimana penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah.
-Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing.
-Menjadikan penentuan jumlah latihan akademik sebagai SKT guru dan dijadikan Standard Kualiti Sekolah.
Bagi tujuan pelaksanaan PLAN-J tersebut beberapa langkah telah diambil iaitu :
1. Bagi tujuan peluasan, SPA JPN Johor telah membangunkan sebahagian dari mata pelajaran pada tahun 2009 dan mata pelajaran selebihnya pada tahun 2010 bagi pelaksanaan tahun 2011.
2. Semua sekolah akan menerima salinan PLAN-J dan guru mata pelajaran mesti mengisi format Piawaian Sekolah dan hendaklah dipantau oleh pengetua/guru besar di peringkat sekolah masing-masing.
3. Piawaian sekolah tidak boleh kurang dari benchmark point (KPI) yang telah disediakan oleh JPN tetapi dibenarkan untuk mengatasi benchmark point tersebut.
4. PLAN-J mesti dilampirkan bersama di dalam Buku Persediaan Mengajar.
5. PLAN-J mesti disediakan selaras dengan Rancangan Pelajaran Tahunan yang dinilaitambah untuk memudahkan penyemakan P&P.
Sebagai warga pendidikan di Negeri Johor yang perlu bersama mendokong semangat 'Johor Top 5' bagi memberi sumbangan dalam usaha Merealisasikan Transformasi Pendidikan sudah sepatutnya kita menerima program PLAN-J ini secara positif dengan harapan ianya dapat memberi impak dalam kita melaksanakan 'core business' kita iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas. Ini secara langsung dapat memenuhi konsep 'Guru Mengajar, Pelajar Belajar' agar dapat mencapai Visi dan Misi yang kita dokong bersama.
0 Responses
Subscribe to:
Post Comments (Atom)